expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 14, 2012

.: Nasi Kambing :.


Bismillahirrahmanirrahim

Bukan nasi untuk kambing ye. Namanya mmg nasi kambing. 1st time dengar dah rasa mcm kembang tekak. tp nak wat camne, ni la menu utama kat skolah kemarin. ada jamuan terbuka. org luar pun dijemput datang. tumbang la sekor lembu ng 2 ekor kambing. dalam ati seb baik ada lembu, kalau tak mmg kena boikot la dgn penganti2 tegar kambing. eh kami suka kambing, tp kami tak suka makan daging dia sb kami sayang kambing2 tersebut  #__#


sampai lambat sket, ada hal lain sblm tu. seb bek kak sema geng anti daging kambing tak makan lagi. yg lain dah siap2 duk menjamu selera dgn daging en kambing. iskh3, hebat korang ni. pastu tgk lauk2 yg tinggal, eh mana lembu??? melilau cari kat depan, licin... waaa! ni je yg tinggal tuk kami. sebak di dada.kejam tau, patut korang cekau la kambing tu habis2an, tinggala daging lembu tuk kami. ni tak, semua bedal *tak puas ati lagi ni*






seb baik ada yg prepare rendang ayam. blh la dari makan nasi ngan acar semata... nak g amik daging kat bwah kanopi mcm segan plk amik lauk kat org ramai... pasrah je la dgn lauk ni. alhamdulillah tak kebulur.






nampak sedap la plk. kemarin makan mcm buat syarat je. tgn pun malas nk g basuh, sb tau bkn nak makan bersungguh pun. sudu pun kiut je, utk makan dessert act. dessert semalam sedap, puding cocktail yg kaya dgn buah2 =)





sebatang kambing. nasi kambing ni sama je macam nasi arab cara masak dia. cuma kambing tu je ganti ayam dalam nasi. me and k sema try la jugak cubit sikit sorang. buat syarat. baru seminit kunyah, ala2 biru dah muka masing2. apa jadi seterusnya tu, biarlah jadi rahsia kami berdua. haha. masak mcm ni lagi horror kot. tawar habiaq kambing tu. asal ayam dalam nasi arab lembut sedappp je... sian ko kambing. tak mampu nk menyerap bahan perasa...




gaya peminat kambing berusaha mendapatkan daging kambing. cg dayah. siap komen lembut kan daging kambing ni. bla bla bla lg pasal daging kambing tu. ye... sila2. pitam ceq dengar. abis makan, menyembang dulu siap solat zohor sane semua, baru balik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...