expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 11, 2012

.: Besday mak - what i did :.


Bismillahirrahmanirrahim

upload gambar dulu. nnt tora datang lagi citer....

*update*

waa... blh plk black out tgh2 update td. pe nak taip balik ni? payah dah nak datang feel balik. hmmm... kita cuba. kemarin kelam kelibut jugak duk cari barang. yg betul2 nak cari satu je, tp balik berplastik2. iskh3. sampai rmh dalam pukul 5. rehat jap, solat asar, siap2 ke dapur. dalam pukul 7 baru siap semua. dan tadda...


ikan panggang tawar, ulam kacang botor, sambal kicap, sayur masak lemak putih, sambal telur + ikan bilis, dan kek lapis pandan. simple je. tp tang ikan panggang tu yg makan banyak masa. tinggal kan legam plak. tp sb tau mak sukaaaa sgt panggang tawar mcm ni, so buat jugakla. mak cakap, dulu arwah nyang, hari2 makan ikan panggang tawar ng kuah singgang. sekali skala je gulai2. tu yg umo 90++ pun uban atas kepale blh bilang bape helai je, duk sapu sampah hari2 depan laman. 90 okey, daye?







pandan layer cake by ziq bakery



by the time abis makan nasi, whipped cream pun dah cair meleleh...
ok la kek ni. mak suka. cuma byk manisss...






the presents. macam byk sgt sen bagi banyak2 adiah. tak... ni semua adalah longgokan. hehe. dalam beg kertas tu, handbag. mak dah lama tade handbag, duk guna beg besar je. kalau suh dia beli sendiri, memang tak la.. sgt berkira dgn diri sendiri. selalu mcm tu. so sebagai anak, saya adalah geram. maka dapatla beliau handbag baru =) tahniah3  ( ?___? )

dalam plastik itam tu, bawal tone. dah lama dia nak yg kaler kelabu itam. hari tu suh beli skali ngan kaler lain tak nak. saje je tau nak suh anakanda belikan. hp samsung tu pun sama. kes asal nya adalah disebabkan hp lama mak masuk air. bkn termasuk, tp mmg mak pegi lap ngan kain lembap... sb kena apa ntah. mak mak... satu lagi mmg patut kena tukar pun, sb screen dia dah lama rosak. kalau taip msg, tawakkal je la apa yg kuar kat screen tu... -__-

so 3-3 adiah ni patutnya dah bagi awal2. tp takpe, longgok banyak2 baru nampak mcm gempak. haha. gempak la sgt. sipi2 lagi nak kena bidas. awal2, mak pasan kek je. last2 terpaksa sound...

anak   : tak nak tgk ke adiah belakang tu...?
mak    : hah? adioh? (muka blurr. pusing belakang)
            ehhhh handbag! (muka ceria, balik pada usia 5 tahun)

gembira sb dia suka sgt2 dgn handbag tu. tp lepas satu2 dia bukak, haaa mula la bukak kaunter audit. jatuh air muka anakanda tau terpaksa bagitau anggaran bajet yg digunakan. then duk sembang2 ngan dia. naik bilik sembang lagi. aktiviti bese tiap2 malam. part paling best aktiviti kami, tgk upin ipin kat hp & share earphone. sronok...! thats was my mom with me. dgn org lain, tiba2 jadi perempuan melayu terakhir. haha. ampun mak... ^____*




tapi di sebalik keceriaan semalam, saya masih lagi terkilan. terkilan sb sejak bertahun dulu, bila mula meningkat dewasa, sy sgt berhajat untuk menyambut hari kelahiran mak di mekah. kalau bukan haji sekali pun, cukuplah dgn umrah. kerana itu adalah harapan terbesar mak. tp rezeki belum ada. banyak perkara masih tertangguh. moga akan tiba kesempatan untuk kami ke sana. insyaAllah... 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...