expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 10, 2013

Beli lauk



Bismillahirrahmanirrahim


Semalam. rasa mcm penat luar biasa. bila penat, maka mood memasak pun ke laut. jadi singgah beli lauk siap2 kat kedai sblm balik rumah. Situasi di kedai makan :


gambar google. tp lebih kurang mcm ni la sudut kedai tu. kira kalau nak tgk lauk, kena intai kot celah penjuru tu. masa nak order tu, takde org pun beli lauk, ramai duk makan kat dalam je. ada sorang brader tu tgh duk cedok2 lauk utk sape ntah. jadi kena tunggu. tetiba datang sorang mcik ni, nak beli lauk jugak. jadi bg la laluan kat dia jenguk ikut penjuru tu jugak.



makcik   :   bagi ikan patin tu 3...
brader 1 : angguk sambil tgn duk sibuk lagi cedok lauk

tiba2 dtg brader 2 a.k.a tukang bungkus lauk jugak.

makcik  :  tu bagi ikan patin 3...
brader 2 :  tak2, dia dulu.. yg blakang tu dulu. nak apa dik? 



hahaha... kan... terus brader tu cedok lauk, sap2, bayar, settle. kejap je pun saya punya turn mcik... apa yg tak boleh nak sabar sgt? ni bukan 1st time la kena. dah byk kali makan hati dgn manusia2 yg jenis 'derk' mcm ni. tp ni 1st time la dpt 'pembelaan' dr tukang kedai...heh ;)

mcik tu pun bknnya nampak tak skolah, bergaya mcm org 'ada-ada'. tp mind set. kat mana2,ada je manusia yg jenis,dah nampak org duk queue utk urusan yg sama, tp eh dia seboleh2nya nak potong sb nak cepat. jentik telinga kang.

kalau org jepun dtg sini, konpem dia mcm tercengang2 tgk certain2 org kita. walaupun tak semua berperangai mcm tu, tp yg minoriti pun kadang2 org akan judge sebagai budaya kita. ironinya, kita tahu sabar itu separuh daripada iman, tp penganut agama lain plk yg mcm lagi paham nak mengamalkan erti sabar tu.


saya pun bukan seorang yg sabar. kalau sabar sgt, tak timbul kot entri ni ;)  cuma peringatan utk diri sendiri, dan kot2 la ada yg baca mmg pernah berbuat demikian... tolong la... tolong berhemah berhemah di setiap ketika. unless ada kedai buat stock clearance mcm baju beli satu percuma sploh, mungkin tak boleh nak kata apa dah.. ;)



kot2 jugak, kalau panjang umur, bila dah jd 'makcik', tetiba saya pulak yg recycle 'budaya' mcik tadi, sila 'jentik' saya siap2 =D  by that time, mana tahu, rupanya2 saya akan berpikir...

"dulu aku dah byk kali kena potong queue,
skang giliran aku plk apply kat korang sb ak dah senior"
(belajar dari pengalaman katakan, haha)


yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan. peace!  (^____^)V

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...