Bismillahirrahmanirrahim
Hari tu takde apa buat kat rumah, pastu terasa nak mengunyah sesuatu. tgk dlm peti ada sotong. nak buat celup tepung, tepung pulak takde... jadi p google resepi kat tenet kot2 ada yg tak payah guna tepung. hasilnya, ada...! hehe. gumbira ^_^
sumber resepi : kak nor secubit garam
SOTONG GORENG BREADCRUMB
3 ekor sotong sederhana besar
1 cawan breadcrumb (putih)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 cawan tepung
1 - 2 bj telur
sedikit garam
minyak
Potong sotong dan toskan hingga kering airnya.
Masukkan breadcrumbs, serbuk cili kasar, tepung dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas.
Gaul rata.
Pecahkan telur dan kocok dgn garfu.
Celup sotong dlm telur, angkat dan gaulkan dlm bancuhan breadcrumbs.
Goreng dlm minyak yg dah dipanaskan dgn menjarakkan sket sotong tu antara satu sama lain.
Goreng hingga breadcrumbs menjadi golden brown.
Angkat dan toskan.
Hidangkan dgn sos cili kegemaran.

ok. ada gak guna tepung. hihi. tapi mmg terpaksa skip. malas g kedai semata2 nak beli tepung. kang kalau pegi, bukan takat tepung masuk plastik, mcm2 lagi... jadi guna je apa yg ada. dan hasilnya...takdela teruk sgt utk tekak sendiri ;)
nampak mcm celup tepung jugak la kan? krup krap di luar, lembut di dalam =) selamat mencuba kalau nak cuba. sila percaya ia adalah sedap ^__^
No comments:
Post a Comment