expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 29, 2013

Air Serai - Penawar Kanser



Bismillahirrahmanirrahim


Pernah minum? sedap... percayalah =) mula2 rasa mcm 'seram' jugak nak minum air serai ni, sb imagine mesti rasa dia pelik nnt, kalau hirup kuah tomyam ada serai takpe la jugak ;)  tp bl try minum, ok je. tak rasa pun serai tu. lagi nak gigit batang serai tu adalah. bl letak limau, lagi la rasa mcm minum air limau biasa je. so boleh keep it up! ^_*









kenapa beria sgt nak minum air serai ni? ok 1st, semua benda yg Allah cipta, mesti ada manfaatnya, kan. mcm bendi tu, nampak je mcm tu, tp kalau google, kemain byk khasiat dia. mcm serai ni, it works to kill cancer cells okay! bkn calang2 hebat la serai ni. ada kajian mat salleh buat, bila 'citral'(kandungan dlm serai) diletak bersama sel kanser, sel2 kanser tu akan kamikaze bunuh diri sendiri. huhu. hebat kan? tak yah kimoterapi... sb citral ni, dia tak effect langsung pada sel2 baik dlm badan kita mcm buat kimo tu. 

byk lg la khasiat dia yg lain. boleh rujuk sini -> sumber artikel

bkn minum ni sb ada kanser je, mintak jauh la kan kena penyakit yg tak tertanggung. tapi apa salahnya praktikkan minum minuman yg berkhasiat mcm ni, dari slalu minum aisssss je manjang (^_^)V


p/s : sminggu x update, lemau je rasa ngadap blog. pity you yuhaisya... t__t


 

Monday, April 22, 2013

Aku Bercerita - Review



Bismillahirrahmanirrahim



Akhirnya... tamat jugak baca buku ni. dan macam biasa... karya Ramlee Awang Murshid a.k.a RAM memang sentiasa superb! =)   tapi... mula2 tu rasa mcm tak lalu jugak nak baca... ni semua sebab zimah punya pasal! siap masa nak beli tu, dia cakap "mu nk beli, beli ah. tapi aku memang kecewa aaa dgn buku ni." herghhh... psiko sgt. tak suka taw dpt review awal mcm tu. sepoiler.


Maka dengan berat hati nak baca, bukak baca 1st page, ermmmm... rasa give up terus. sebab mcm bukan RAM yg tulis bila guna sudut penceritaan orang pertama which is 'Aku', wlpn awal2 dah notice tu tajuk besar dia AKU Bercerita. tapi ntah la..tak boleh terima. rasa mcm poyo je ram ni tulis psl diri dia sendiri. heh.


Pastu berminggu2 jugak la novel ni terdampar tak bersentuh. sehinggalah satu malam tu rasa payah nk tido. jadi pikir novel ni kan mcm tak best, mesti kalau baca selai dua dah mengantuk jadi ubat tidur ni ;]  skali bila masuk citer BUNIAN tu... amik! terus teruja nak sambung baca dan baca lagi. mcm biasa, novel ram ni payah nak predict jalan cerita dia. rasa mcm nak ketuk2 je kepala kat bantal (?) sb sampai sekarang payah now nak guess apa sebenarnya yg berlaku dalam satu2 citer tu. huh. awesome writer sgt dia nih. apa ilmu pakai?


ok. nama pun review kan. jadi mmg panjang lah typing kali ni. gmbr mmg takde. nak cari gambar bunian takut. heh. ada 5 cerita atau sub story dalam novel ni. jom kita belek satu-satu.











1. BUNIAN

Best! Setiap karya ram biasanya memang ada unsur keagamaan yang diterapkan. dan untuk novel ni, bunian paling byk rasanya unsur2 islamik. melibatkan kepercayaan kita akan kewujudan makluk lain yang tak terlihat oleh mata kasar kita, tp ia bukan syaitan,jin atau makhluk halus.

Paling tak tahan, awal-awal ingatkan Mayang Sari tu bunian, Jailani ni manusia biasa. sekali lain pulak citer dia. Jailani tu kira half-half la, separuh manusia separuh bunian. eh mcm citer The Twillight Saga plak kan. tapi tu pontianak mat salleh. jgn nak terpedaya sgt dgn dakyah2 deme.

oh ending bunian ni mcm a bit sedih kot. sebab sah2 mayang sari tak blh kawen dgn jailani sb adik beradik kandung. pastu bila dah tua baru skali tu je jumpa, tu pun main lambai2 je... kan nice kalau masing2 still keep in touch... rekaan semata2. hihi ;) 





2. CULIK

Kejam. Psiko. rasa nak sepak2 je mizwar tu. ada rupanya orang kaya buat keje macam tu. culik budak2, pastu jual kat thailand. sebelum jual... hmmm bc sendiri,tak sanggup nak taip. keji sgt. tapi mcm tak abis je kan kes perdangangan manusia ni. dah mcm jual beli ayam itik. 

kesian faizal... mati sia2 akhirnya, tak sempat nak bertaubat. dan tak sangka, johan rupanya perompak yang psiko tu. haha. bravo johan! memang curious sgt nak tahu sape yg ceroboh masuk rumah mizwar tu. pastu bercakap mcm org gila. dan org gila adalah lagi menakutkan dari perompak yg waras.huhu. tapi psiko dia berjaya, sebab akhirnya mizwar terpaksa menyerah diri atas kejahatan yang pernah dia lakukan. tahniah johan! eh tetibe.






3. CINTA MATIKU

kemain cik amani mula2 beli novel belek yg ni dulu =) haha. dont judge it as jiwang. sebab hakikatnya cerita ini adalah kisah tragedi yg tragis dan ngeri. mana tak tragis kalau rukiah, ayah dia (pak shukor), tuan baharom (majikan pak shukor) kena bakar hidup2! kejam kau salmah, eh kalsom. 

lagi ngeri bila sebenarnya kehidupan tahir dan kalsom adalah seperti berzina sebab pernikahan tu tidak sah atas nama rukiah. rukiah atau kalsom, dua-dua bukan isteri tahir. nama sebenar perempuan tu - Kefira Hebrew, tapi muka mcm melayu, sb tu boleh menyamar masuk kawasan melayu. cuma pelik, kalau bukan komunis, kefira ni sapa nak musnahkan tanah melayu waktu tu... hmmm. 

mmg citer ni byk melibatkan fakta sejarah. tapi yg sadisnya, tahir mcm gila kot last2. suka ckp sorang2. walaupun dia mcm ada pendirian, dan nekad bunuh 'rubiah' a.k.a kefira demi tanah air, dan mengharapkan biarlah Tuhan yang menentukan sb dia mmg tak nak mengaku dgn pihak polis dia dah bunuh rukiah, tapi mcm ... sgt tidak siuman sorok mayat rukiah tu bawah katil sendiri. tak ke gila namanya tu?

haish... apa pun, tahir -wira yang tidak didendang...hohoho. dan cinta matiku tu... hanyalah pada bangsa, agama dan negara =)





4. SANG KANCIL

Sukeeeee! =) sebab ala-ala fantasi citer dia. tapi karya ram ni, walaupun byk yg 'ghaib', magic, khayalan, dan mengarut tak terjangkau dek akal, hakikatnya citer dia ujung2 adalah kenyataan normal. huhu. mcm jailani dan mayang sari, of kos kita nak tgk mereka dua2 bahagia sama2. tapi tak akhirnya. faizal, at least biarlah dia dapat semula kehidupan dia dan berubah jadi baik mcm johan. tp kita disedarkan yg ajal maut hidayah semua tu di tgn tuhan. tahir plak, mcm kesian pulak sorang2 mcm tu. ingtkan biarlah sampai ke sudah dia dgn rubiah berbahagia, wlpn nmpk mcm pengkhianat simpan rubiah tu. tp yg perit itu lah hakikat yg perlu diterima. agak kontra la sikit dgn novel2 lain. sb biasanya penulis akan berusaha adjust cerita tu jadi happy ending ujung2 dia...jadi readers pun gembira. tp karya ram ni lain, jiwa kena kental. haha. kental ke? ;)


eh ok. masuk citer sang kancil. pun sama, walaupun ahmad a.k.a jasmir tu diberi peluang 'ajaib' masuk dalam Pelangi Awanan, jumpe haiwan2 yg boleh bercakap semua... tp takdelah in future dia jadi terlampau hebat. just jadi jaga kat bank je. pastu dpt kete kancil, dan sambung belajar diploma. see the not so happy ending yg series tak over happy mcm yg selalu kita baca? 





5. CUT

Tajuk cut utk nama Cut Asmidar dan 'cut' in movie action. emm byk2 yg ni mcm tak brape gemar la. sebab citer tu last2 hanyalah lakonan semata2... wlpn novel ni pun rekaan semata2, tp iskh... tetapla rasa mcm.. why lakonan? why? baru nak admire watak herman. sekali pelakon jerk. oh ya, memang biasanya hero2 dalam novel ram boleh dijadikan secret admire. haha. 


dan berita paling menggembirakan, next novel ram... dia akan combinekan hero2 dalam novel2 yg lepas2. tombiruo, laksamana sunan, ryu watanabe, dll. suke3! ^_^

btw mcm mana sub story kat atas relate dengan tajuk 'aku bercerita', kena baca sendiri novel tu. pening nak citer. sebab kait dgn apa ntah. jadi selamat membaca! =) 


Thursday, April 18, 2013

Spageti ala bolognese



Bismillahirrahmanirrahim




Real kan mcm kuah bolognese? heheh. hakikatnya... sambal tumis je... cincang2 bawang, halia, ayam, siap! nak bg nampak mat salleh sket, letak sosej ;)  hasilnya... tetap menambat rembesan salivary glands. heh. dunno why, tp mmg takat ni tak leh terima lagi bolognese. tp kalau carbonara...itu laju! ^_^


happy lunch hour eberibadi!  =) =) =)

Wednesday, April 17, 2013

Sotong bread crumbs



Bismillahirrahmanirrahim


Hari tu takde apa buat kat rumah, pastu terasa nak mengunyah sesuatu. tgk dlm peti ada sotong. nak buat celup tepung, tepung pulak takde... jadi p google resepi kat tenet kot2 ada yg tak payah guna tepung. hasilnya, ada...! hehe. gumbira ^_^






sumber resepi : kak nor secubit garam

SOTONG GORENG BREADCRUMB

3 ekor sotong sederhana besar
1 cawan breadcrumb (putih)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 cawan tepung
1 - 2 bj telur
sedikit garam
minyak

Potong sotong dan toskan hingga kering airnya.
Masukkan breadcrumbs, serbuk cili kasar, tepung dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas.
Gaul rata.
Pecahkan telur dan kocok dgn garfu.
Celup sotong dlm telur, angkat dan gaulkan dlm bancuhan breadcrumbs.
Goreng dlm minyak yg dah dipanaskan dgn menjarakkan sket sotong tu antara satu sama lain.
Goreng hingga breadcrumbs menjadi golden brown.
Angkat dan toskan.
Hidangkan dgn sos cili kegemaran.




ok. ada gak guna tepung. hihi. tapi mmg terpaksa skip. malas g kedai semata2 nak beli tepung. kang kalau pegi, bukan takat tepung masuk plastik, mcm2 lagi... jadi guna je apa yg ada. dan hasilnya...takdela teruk sgt utk tekak sendiri ;)






nampak mcm celup tepung jugak la kan? krup krap di luar, lembut di dalam =) selamat mencuba kalau nak cuba. sila percaya ia adalah sedap ^__^



Pesta Belon Udara Terbesar



Bismillahirrahmanirrahim

Kejadian adalah di Europe, bukan hot air putrajaya eh. yang tu pun tak pernah ada kesempatan lagi pergi... yang europe ni, kira international punya level, serata dunia take part situ. wah...bila tengok, rasa mcm citer elly in wonderland jer =)   ntah bila la boleh berangan ke sana. ye, berangan dulu ;) 

sementara ni, bawak2 bertenang utk diri sendiri feeling2 hot air ballon depan mata... *walaupun dalam blog je - tsk*





 area pantai.. cantik!





konpem mcm rusa masuk kampung kalau ada sini... t__t



































malam pun cantik! 




reflection



































mmg jatuh wajib buat khemah sini terus... 






mcm pesta tanglung dah =)






pengembaraan di alam fantasi... can I? huh







i wonder my kampung would have this.... hihi ;)


abis dah pengembaraan elly tak berapa nak elly sgt... gambar semua petik ngan pcik google. 




Tuesday, April 16, 2013

Besday yanah



Bismillahirrahmanirrahim


14 April 2013. Ahad. Besday yanah. duk main wish2 kat fb, pastu terbit idea nak 'meeting' ngan cik amani skali. jadi set petang tu jugak jumpe. lameee sgt dah x jumpe. lagi2 deme dua org tu. ai ada je di mana2. hehe. tp tu la, last jumpe aman pun sebelum teha kawen kot. pastu senyap. sebab takde geng smaasza yg kawen dah lepas raya cina tu. ni kalau nak tunggu next invitation, paling dekat bulan 5 ni, shahaneem. pastu adah. jadi takpelah, sempena pru 13 ni, marilah kita dating dgn 'YB'2 ni dulu...  ;)


 
 petang tu hujan, jadi terus je pergi rumah yanah. sebelum tu singgah beli kek ng sik arabs jap =)







kasi can la kat yanah feeling2 terharu ng member sementara bujang ni...hehe. belikan dia kek comel nih.







cheese choc ni tuan tanah yg teringin.. tgk kat display dlm kedai tu dah rasa mcm sedapnye.... mmg sedap pun! =)   
















juadah party. eceh. party la sgt. tapau 3, tp kami bukak 2 bekas je. share 3 org, kenyang melampau2. beli nasi arab ni kat alfateh kp perdana. boleh tahan jugak rasa dia. tp rasanya, lg prefer kat al edrus kot, wlpn situ menu dia mcm sgt menjaga kesihatan sb mcm takde rasa...tp sb dia chef dia pure arab. jd baru rasa mcm nasik arab betul...heh ;)







besday girl yg super happy + shy2. hihi =)







makcik aman n hafiy. anak sedare cik yanah yg mula2 mcm malu2, pastu...hmmmph... rasakan! haha







hokey. dah kenyang, sembang2. time to sleep... eh, time to go.. len kali panjang umur jumpe lagi. perjuangan kita belum selesai...... cewah. sanah helwah again my dear!

Thursday, April 11, 2013

Lily



Bismillahirrahmanirrahim





Yangmingshan National Park,Taiwan ♥

Cantik kan? subhanallah... 

tapi bukan nak citer pasal bunga lili sbnarnya. saja nak share sini satu kes budak lelaki ni. dia bdk baik, tp byk masalah. canner tu? kadang2, bkn kadang2 la, selalunya, cg takkan sempat nak explore sorang2 student dia, nak2 lagi skang kena guna sistem PBS, key in data dlm web berlambak2 yg sgt la tak effisien. hergh. 

tp kalau slalu buat hal, mmg terpaksa jugak la explore kan. ater, ritu 2 minggu straight sampai cuti skolah dia tak datang skolah. dia ok sbnrnya, wlpn dlm kelas mcm blurr je. g pulak kawan ng geng2 blurr, lagi la payah nak pick up. eh budak tu 5A kot UPSR, pandai la tu kan? tp disebabkan di sebalik tabir hidup dia ada 'sesuatu' yg mengganggu jiwa dia, maka hasilnya... hari ini dia byk ketinggalan... 

ari tu mmg rasa nak marah, tp pikir2 balik, kalau marah pun tak ke mana... kan makin blurr plk anak orang. jadi g kat meja diorang, terang satu2 sampai diorang paham. suprisingly, ramai2 student kat meja tu, bl test balik, bdk ni mmg blh jawab! dan bl buat pbs pun, soklan tu dia mmg blh jawab. tp yg tu je la, yg lain tinggal... mcm kena buat private class plk tuk dia nih.


ok. kata nak explore kan. rupanya, budak ni, ayah dia kawen dua. mak dia bini muda. tapi ayah dia tu sebenarnya tak berkemampuan pun nak kawen dua. hate this. dia sulung rasanya. jadi adik2 ada kecik2 lagi nak kena tanggung. ayah dia plk, semenjak dua menjak ni tak balik. bila tak balik, tak bagi duit la kat mak dia. sblm kawen, x tahu la mak dia ada pengalaman bekerja atau tak. tp nak keja lepas kawen pun, dah beranak ramai, sape plk nak jaga anak kan... hmmm. 


mak dia pernah datang skolah, sb kes anak dia ni la. cg2 nak tahu apa mslhnya. mak dia citerla, dia susah. mcm2 keje dia buat nak sara anak2. sayang kan? anak dia pandai.. tp mslh keluarga plk cenggini. nak mintak bantuan kebajikan, mcm x lepas kot, sb masih ada suami. haa... ni yg nak marah ni. ada suami mcm xde. baik jd ibu tunggal, mcm2 blh dpt. 

errr..bkn menggalakkan penceraian. tp iskh. menyeksa diri dan anak2 sgt. apa pun tak dpt dr suami sendiri. nak kata nafkah? jauh skali. perlindungan? balik pun jarang skali, nak lindung apa? tetap jugak mlm2 stay dgn nak2 je. tak ke sama dgn ibu tunggal namanya tu?

ntahla... pihak skolah bersimpati, tp gitu lah. bukan org lain yg menentukan kehidupan kita. i've gone trhough the hardship and i've done a big mistake too in my life. tp hidup tetap perlu diteruskan.. walau apa pun yg terjadi, walau pernah seperti layang2 putus tali, walau apa jua pandangan orang... 


eh. nak stop dah. kesimpulannya, saya suka lili ! ^__^


Wednesday, April 10, 2013

Beli lauk



Bismillahirrahmanirrahim


Semalam. rasa mcm penat luar biasa. bila penat, maka mood memasak pun ke laut. jadi singgah beli lauk siap2 kat kedai sblm balik rumah. Situasi di kedai makan :


gambar google. tp lebih kurang mcm ni la sudut kedai tu. kira kalau nak tgk lauk, kena intai kot celah penjuru tu. masa nak order tu, takde org pun beli lauk, ramai duk makan kat dalam je. ada sorang brader tu tgh duk cedok2 lauk utk sape ntah. jadi kena tunggu. tetiba datang sorang mcik ni, nak beli lauk jugak. jadi bg la laluan kat dia jenguk ikut penjuru tu jugak.



makcik   :   bagi ikan patin tu 3...
brader 1 : angguk sambil tgn duk sibuk lagi cedok lauk

tiba2 dtg brader 2 a.k.a tukang bungkus lauk jugak.

makcik  :  tu bagi ikan patin 3...
brader 2 :  tak2, dia dulu.. yg blakang tu dulu. nak apa dik? 



hahaha... kan... terus brader tu cedok lauk, sap2, bayar, settle. kejap je pun saya punya turn mcik... apa yg tak boleh nak sabar sgt? ni bukan 1st time la kena. dah byk kali makan hati dgn manusia2 yg jenis 'derk' mcm ni. tp ni 1st time la dpt 'pembelaan' dr tukang kedai...heh ;)

mcik tu pun bknnya nampak tak skolah, bergaya mcm org 'ada-ada'. tp mind set. kat mana2,ada je manusia yg jenis,dah nampak org duk queue utk urusan yg sama, tp eh dia seboleh2nya nak potong sb nak cepat. jentik telinga kang.

kalau org jepun dtg sini, konpem dia mcm tercengang2 tgk certain2 org kita. walaupun tak semua berperangai mcm tu, tp yg minoriti pun kadang2 org akan judge sebagai budaya kita. ironinya, kita tahu sabar itu separuh daripada iman, tp penganut agama lain plk yg mcm lagi paham nak mengamalkan erti sabar tu.


saya pun bukan seorang yg sabar. kalau sabar sgt, tak timbul kot entri ni ;)  cuma peringatan utk diri sendiri, dan kot2 la ada yg baca mmg pernah berbuat demikian... tolong la... tolong berhemah berhemah di setiap ketika. unless ada kedai buat stock clearance mcm baju beli satu percuma sploh, mungkin tak boleh nak kata apa dah.. ;)



kot2 jugak, kalau panjang umur, bila dah jd 'makcik', tetiba saya pulak yg recycle 'budaya' mcik tadi, sila 'jentik' saya siap2 =D  by that time, mana tahu, rupanya2 saya akan berpikir...

"dulu aku dah byk kali kena potong queue,
skang giliran aku plk apply kat korang sb ak dah senior"
(belajar dari pengalaman katakan, haha)


yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan. peace!  (^____^)V

Thursday, April 4, 2013

Mind Map



Bismillahirrahmanirrahim


Nama melayunya - Peta Minda. Dulu... sejak dari skolah rendah sampaila form 5, peta minda memang takde dalam list 'study smart' saya walaupun tiap kali pegi program 'study2', konpem penceramah akan sarankan peserta utk buat peta minda. Bila pikir2 balik, awat tak suka sgt kat peta minda dulu?

1. mungkin sb dari kecik dah terbiasa buat nota dengan menyalin dari buku teks / rujukan semata2. kalau jenis cg yg suka cek nota regularly, maka ada ketika tgn boleh cramp penangan salin nota yang belambak. jadi bila dah sibuk buat nota 'untuk cikgu', maka dah takde masa nak buat short revision utk diri sendiri. end up, bukan baca pun nota yg hantar kat cg tu...


2. tamak. kalau boleh before exam tu nak bentang semua buku teks, rujukan, nota2 depan mata. kalau member sebelah ada extra notes, terus rasa cuak sb rasa tak cukup lagi yg dpn mata.padahal mcm kan sempat nak hadam dlm masa tak sampai 9minit lg nak masuk exam. 


3. salah teknik. zaman belajar, teknik hafalan jadi priority berbanding pemahaman. tiap kali cg suh paham, blurr... ujung2, kamikazekan diri sendiri utk hafal berjela2 ayat dalam buku rujukan. 


sehinggalah masuk matrik. kelas matematik. yer, matematik pun blh buat peta minda. lecturer tu divide class into 9groups, dan setiap group wajib buat satu peta minda untuk satu bab. pastu buat salinan utk setiap member dlm class, dan present their mind map. before final, semua org dah ada mind map utk 9 bab! dan itu sgt membantu sb secara psikologinya, student rasa selamat sb mcm dah siap revision utk 9 bab. pastu bawak 9helai je kertas menuju dewan exam.  score atau tak tu, bergantung la plk pada latihan masing2 =)


lepas2 tu, bila masuk u, masih stick dgn mind map. bio, tak buat mind map, merasalah hadap buku2 mat saleh yg tebal hempap atas kaki bengkak seminggu tu... eh tp, dont judge the mind map by my result. saya byk main ;)  tp percayalah, mind map sgt membantu.


jd skrg, mana2 tempat sy p mengajar, i will introduce them the miracle of mind map. tak paksa, tp kalau dari awal mmg student tu jenis tak tahu apa nak buat utk dia study, i'll force them to do this mind map.  kurang2, ujung nak exam kalau mmg hang takde apa nota nak bawak, sila la belenggang dgn helaian2 peta minda tersebut. dan bila dah abis silibus, nampak la benda yg dia dah belajar dgn kita. 






one of my students mind map. make surela diorg paham apa yg diorg buat. kena guide betul2. kalau agak2 nak band 6, suh dia present satu chapter tu dgn guna satu mind map je. dan dia sendiri akan kagum dgn keupayaan dia nnt ;) 






dan lepas tu, bersedialah utk menyemakkan meja sendiri dgn nota bebudak ni... ;) tak nak cek pun takpe, tp bg la nampak mcm kita ni bersungguh dgn hasil keje deme. bagi la gred ke, bintang ke... kalau jenis tak makan saman slalu tak siap nota, 'saman' siap2 atas mind map tu   B)  

Wednesday, April 3, 2013

Rezeki =)



Bismillahirrahmanirrahim




dapat nasi minyak semalam. terasa2 kebahagian di jiwa dapat makan free... hihi ;)







Alhamdulillah. nyang. 

hari ni mood adalah ceria. tapi tiada cerita. huhu



btw. parlimen dah bubar... 

hip hip horreyyyyyyy....!



1st time nih nak g mengundi. 

excited. nebes.





"marilah mari... kita mengundi....lalalalalaa"

kemain happy, calon ke?

hehe




Tuesday, April 2, 2013

Parcel



Bismillahirrahmanirrahim


ni kes 2 minggu lepas kot. saje peram buat modal update blog time2 tade benda nak gebang... ;]   petang balik skolah, tgk atas meja ada memo dari pos laju. sebab jarangggggggg sgt dpt bungkusan, jd perasaan curious tu mmg mendadak sgt sampai x cukup tdo... 6jam. heh. esk, alang2 nak pergi pejabat kwsp, terus singgah pjbt pos kejap. erm tp tak alang2 jugak la, sb pjbt pos tu kat seberang takir, kwsp kat jalan hiliran, u need to croos the Terengganu's River via Sultan Mahmud Bridge to go there...

 maknanya apa tu? maknanya jauh... bertambah jauh bl tiba2 hari tu boleh plk kuar skolah dlm pukul 3.30 ptg... sempat ke nak rushing 2 tempat sblm pjbt tutup pukul 5?  tp takpe, perjuangan tetap diteruskan... sampai pjbt pos stlh terlajak dlm 200m kedepan sb 1st time dtg, pcik kaunter tu ckp kena masuk ikut pintu belakang naik atas. ok. 

naik atas, belonggok2 lg parcel yg org tak amik rupanya. lama2 tak amik, kalau x silap jd hak milik pjbt pos kan, iskh3... pastu dtg en.posmen tlg carikan barang. bl dah jumpa tu, dia plk yg curios, sb bl dia goncang2, bunyi mcm pasir... dia tanya, apa ni? ntah. muka control cool. dlm hati je berkerut. pasir??


okla, dipendekkan cerita, rupa2nya pasir itu adalah ini....





v



v



v



v



v




v




v




v





v



lama x men skroll2, maafkan saya...




v



v




v




v




jeng2...



haha... nestum! t___t
langsung tak teringt pasal saguhati nestum ni.
suka2 je pun... dan tak expect syarikat nestle 
betul2 bagi nestum 2 bungkus..
apakah kedekutan ini?








ok la fineee... ada 250 org lagi kan dia nak bg. tp eh. hmmmph takpela. syukur Alhamdulillah. 
*membebel dulu baru syukur. makcik mana nih?*








nak promo produk baru dia la tu... mak tak abis2 perli, asal g dapur je, dia gelak tgk dang gui dgn ginseng nih. tp dang gui tu la dia suka sebut ikut suka hati dia... sentap anakanda...

saya mmg penggemar nestum. tp yg original la. kalau campur2 mcm nesvita tu, i cannot go. dulu mak pernah bawak time duk asrama, berbulan2 duk dalam locker. last2 bawak balik rumah smula mak yg abiskan... ;)   dan 2bradik kat ats ni, lama jugak la dia duk terlonggok je atas meja makan. takde sape nak sentuh. mak memang tak berani try benda2 pelik mcm ni. pelik sb campur herba2...


tp minggu lepas kot, rasa mcm nak try. so bancuh la spaket campur skali malco (air coklat mcm milo). eh sedap la pulak.... heheh. cuma dang gui tu la mcm kuat skit dia punya rasa herba. tp kira orait la, dah jadi rezeki... kecil2 pun, nikmatilah ia... peace!  (^_^) V



Monday, April 1, 2013

1st April - What do we do?



Bismillahirrahmanirrahim

JANGAN ada sesiapa yang cuba membuat lawak APRILFOOL (1 April) kerana perbuatan itu diHARAMKAN untuk disambut dan dilakukan walau bertujuan gurau, senda dan menghilangkan tension. Nabi bersabda
ويل لمن يحدث فيكذب ليضحك به القوم ، ويل له
Ertinya: Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud).

Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud)
-Ustaz Zaharuddin-
 
 
Jadi... buat je rutin biasa. jgn gatal2 nak aprilfool sgt  B/   nama pun aprilfool, which is by direct meaning ---> april tipu. sakan pulak tu mahkluk seluruh dunia menipu diri sendiri di hari ini. poor. pity... 

but actually, i've been pity myself tooo once ago.. hehe ;}  time duk hostel, pernah la skali kot meng'fool'kan rakan sebaya dan juga di'fool'kan oleh dormate. tp biasa2 je. bangun pagi, 18 ahli dorm dari 20 ahli akan blurr tgk kat kaki masing2 dah ada tag comel... mmg berani mati sgt 2org tu cari pasal pagi2 ng org lain. tp kononnya kan april fool...so takleh marah... huh. 

tp nak dijadikan pedomannya, salah sorang dormate kami pagi tu, bgn nak mandi wajib. tapi dia x prasan dia pun kena jugak, sb dia bgn awal dr org lain. bgn2 terus g bilik air. bila dah siap2 nak g skolah pakai baju, rupa2nya tagging tu elok duk terlekat kat lengan ke bahu dia ntah. hah, x pasal2 kena mandi balik. tp masa tu x sempat la kot. mmg terus rasa bersalah yg amat geng komplot april fool tu tadi... see the consequence?

lepas2 tu mmg byk la dapat tazkirah pasal april fool ni... lepas tu masing2 baru sedar yg haram rupanya celebrate april fool ni. tapi bab2 pranks tu tak sedar2 jugak... hostel tanpa kenakalan, ibarat lagu tanpa irama. haha peace! ;]


Teruskan rutin harian anda
Dont fool around

(^_^) V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...